“My Best Buy” UiTM Pulau Pinang Bantu Jana Pendapatan Pelajar dan Usahawan FAMA

“My Best Buy” UiTM Pulau Pinang Bantu Jana Pendapatan Pelajar dan Usahawan Fama

Program “My Best Buy” hasil kerjasama antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Pulau Pinang dan MASMED, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang diadakan di Loading Bay kampus pada setiap hari Rabu mulai jam 1.00 petang hingga 7.00 malam.

Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2017 dan mendapat sambutan meriah dikalangan peniaga yang terdiri daripada pengeluar yang berdaftar dengan FAMA dan pelajar UiTMCPP sendiri dari kelab-kelab usahawan termasuk MyAgrosis.

“My Best Buy” UiTM Pulau Pinang Bantu Jana Pendapatan Pelajar dan Usahawan Fama

“My Best Buy” merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia yang dikendalikan oleh pihak FAMA bagi membantu rakyat di kawasan bandar menangani kesan kos sara hidup yang semakin meningkat. Matlamat utama program ini adalah untuk mengurangkan perbelanjaan isirumah melalui penawaran produk hasil pertanian dengan harga yang berpatutan dan kompetitif.

Di samping itu, program ini juga dapat menjana pendapatan tabung kelab-kelab usahawan disamping melahirkan usahawa-usahawan baru dalam bidang perniagaan dan pemasaran.

“My Best Buy” UiTM Pulau Pinang Bantu Jana Pendapatan Pelajar dan Usahawan Fama

0
0