MTDC Road2Growth 2019 – Sarawak Region

Puan Susana William menjadi Johan bagi Pertandingan Business Pitching Award MTDC Road2Growth 2019 Sarawak Region

Inovasi teknologi yang bertajuk Sago Fibre Clay: New Medium for Ceramics ciptaan Puan Susana William dari Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak muncul sebagai Johan bagi Pertandingan Business Pitching Award MTDC Road2Growth 2019 Sarawak Region anjuran Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) yang telah diadakan pada 25 & 26 April 2019.

Terdapat lebih daripada 50 peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang merangkumi pelajar universiti, penyelidik, SME dan industri.

Inovasi ini berjaya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3000 serta penyertaan ke Program Acceleration anjuran MTDC yang akan membantu mengkomersilkan teknologi Sago Fibre Clay.

Tahniah diucapkan kepada Puan Susana William atas kejayaan ini. Warga UiTM amat berbangga dengan kejayaan beliau.

0
0