MPP dan SEKI MPP UiTM Kampus Kuala Pilah terpilih dalam Program Yayasan Sukarelawan Siswa

Nur Hanis Kamaruddin, Che Wan Mohamad Fais Che Wan Yusoff dan Siti Nur Nadia Mohd Ghazali merupakan Sukarelawan bagi Program Yayasan Sukarelawan Siswa

Sejarah tercipta apabila 3 wakil dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah terpiliih bersama 437 sukarelawan siswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia untuk misi sukarelawan di Laos,Myammar serta Sarawak.

Program temuduga telah dijalankan pada bulan April yang lalu bertempat di Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrjaya dimana para calon yang terlibat dalam sesi temuduga berkenaan telah ditemubual selama 15-20 minit oleh panel-panel yang terpilih dari seluruh negara.

Pelajar yang terpilih berkenaan adalah seperti berikut:

  1. Nur Hanis binti Kamaruddin (Diploma Teknologi Tekstil) Misi sukarelawan YSS-ASEAN Greem Summer Volunteer Campaign (GSVC 2019) ke Vietnam
  2. Siti Nur Nadia binti Mohd Ghazali (Diploma Teknologi Tekstil) Misi Sukarelawan YSS-MoES ke Laos PDR 2019.
  3. Che Wan Mohamad Fais Che Wan Yusoff (Ijazah Sarjana Muda Biologi) Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sarawak

UiTM Cawangan Negeri Sembilan mengucapkan tahniah kerana mengharumkan nama UiTM di persada antarabangsa.

1
0