MoU antara UiTM dan Narotama Universiti, Surabaya Indonesia

MoU antara UiTM dan Narotama Universiti, Surabaya Indonesia

15 November 2019 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Narotama Universiti dari Surabaya Indonesia telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU). Majlis MoU ini telah di adakan di Bilik Seminar Al Jazari, Fakulti Kejuruteraan Awam, Shah Alam.

Perjanjian MoU ini telah dimetarai bagi hubungan kerjasama dalam penyelidikan, penerbitan ldan perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang berkaitan dengan Kejuruteraan Awam. FKA UiTM dan Narotama Universiti akan menjalinkan kerjasama dalam bidang Kejuruteraan Awam dan membuka ruang untuk kerjasama melibatkan dua negara Malaysia dan Indonesia.

Selaras dengan program pengantarabangsaan, MoU ini dilihat sebagai wadah yang tepat dalam meletakkan UiTM dimata dunia. Majlis telah dihadiri oleh Naib Canselor UiTM Prof. Emiritus Datuk Ir.Dr.Mohd Azraai Kassim dan juga Timbalan Rektor 1 Universiti Narotama YBrs. Dr ikhsan dan kakitangan serta staf Fakulti Kejuruteraan Awam bersama-sama dekan dan wakil dekan dari fakulti lain juga turut hadir.

Oleh: Ts Dr Nor Hazwani Md Zain, Koordinator ICAN

Foto berkaitan:

MoU antara UiTM dan Narotama Universiti, Surabaya Indonesia MoU antara UiTM dan Narotama Universiti, Surabaya Indonesia

0
0