MoU antara UiTM dan Agarwood Worldwide Network Sdn Bhd (AWNSB)

Satu majlis menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Agarwood Worldwide Network Sdn. Bhd. (AWNSB) anjuran Pusat Pengajian Industri Perkayuan (PPIP), Fakulti Sains Gunaan UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Pahang telah diadakan dengan jayanya pada 6 Oktober 2022, jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Rumah Tamu UiTM Cawangan Pahang.

UiTM diwakili oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Haji Mohd Ilham Adenan, Rektor UiTM Cawangan Pahang disaksikan oleh YBrs. Prof. Dr. Haji Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTM Cawangan Pahang manakala AWNSB pula diwakili oleh YBrs. Tn. Saripudin Md. Yunus, Pengarah Urusan AWNSB sambil disaksikan oleh YBrs. Sir Dr. Mohd Noor Mahat. Turut hadir bersama memeriahkan majlis tandatangan ini adalah YBhg. Prof. Madya Dr. Nazirah Ramli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pahang.

Dengan termeterai MoU ini, ianya dapat memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam penyelidikan gaharu serta dapat mengembangkan lagi potensi gaharu dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada masyarakat luar khususnya yang melibatkan diri dalam industri gaharu.

Melalui program menandatangani MoU ini juga, PPIP UiTM Cawangan Pahang telah dapat mencapai agenda ke 17 dalam Matlamat Pembangunan Kelestarian (SDG) iaitu Kerjasama Demi Matlamat yang memberi tumpuan utama untuk menguatkan jalinan hubungan kerjasama dan kolaborasi dengan pihak organisasi luar dalam mengembangkan matlamat kelestarian SDG.