Mohd Zuhayr Redza Sekali Lagi Melakar Kejayaan Kejohanan Sukan Ten Pin Bowling Di 45th Hong Kong International Open

Mohd Zuhayr Redza di Kejohanan Sukan Ten Pin Bowling Di 45th Hong Kong International Open

24 Julai  2019, KOTA SAMARAHAN (UiTM Sarawak) :- Mohd Zuhayr Redza bin Noor Azrul, pelajar Diploma Pengajian Sukan, Universiiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak (UiTMCS)  sekali lagi telah mengharum nama UiTM Cawangan Sarawak di peringkat persada Sukan Antarabangsa apabila berjaya  meraih kejayaan tempat kedua bagi Kategori Gred A ( 2nd in Graded A Category) sempena  Kejohanan Sukan Ten Pin Bowling di 45th  Hong Kong International Open, Hong Kong, China 2019. Kejohanan ini telah berlangsung selama 7 hari bermula 15 – 21 Julai 2019 bertempat di SCAA Bowling Centre, Hong Kong, China.

Kejayaan ini merupakan kejayaan kali kedua terbesar beliau setelah beliau  baru-baru ini berjaya melakar kejayaan berganda  di Sarawak Borneo Tenpin Bowling Championship 2019.

1
0