Mohammad Amirul Ashraf (AWANIRangers): Pengalaman di Kanada selama 3 bulan

Pada 25 Febuari 2016, Mohammad Amirul Ashraf bin Rozi, pelajar, Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Filem Teater dan Animasi (UiTM) jurusan Teater (Seni Lakon), telah berangkat ke Kanada atas urusan Latihan Industri yang diadakan di University of Lethbridge, Alberta, Kanada.

Beliau telah terpilih untuk pergi ke sana selepas berjaya dalam sesi temu bual bersama pihak UiTM dan mendapat dana daripada UiTM untuk menjalani latihan industri di sana selama tiga bulan. Beliau telah ke sana seorang diri daripada Malaysia dan ini merupakan cabaran bagi beliau untuk menghadapi semua perkara seorang diri.

Ini merupakan inisiatif Astro AWANI dengan kerjasama UiTM untuk menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

Sumber: http://www.astroawani.com/video-malaysia/awanirangers-pengalaman-di-kanada-selama-3-bulan-210384

0
0