Mock Audit Pematuhan Swaakreditasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diadakan pada 25 dan 26 Januari 2023 di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam. Tujuan mock audit ini diadakan adalah sebagai persediaan bagi menghadapi Audit Pematuhan Status Swaakreditasi yang akan berlangsung pada Mac 2023.
Panel Auditor Mock Audit Pematuhan Swaakreditasi UiTM ialah YBhg. Prof. Sr. Ir. Dr. Hj. Suhaimi Abdul Talib dan YBhg. Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah.