Misi Bantuan Pasca Banjir anjuran Unit Kokurikulum UiTM N. Sembilan Kampus Kuala Pilah bersama masyarakat Taman Sg. Gemas.

Harian Metro 7 januari 2017

Seramai 40 Keluarga yang terbabit dengan bencana banjir dibantu menerusi Program Misi Sukarelawan Pasca Banjir di Taman Sungai Gemas, Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Ahad lalu.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Sadiq Nazri Rosham, program itu di jalankan bersama 45 penuntut dan kakitangan UiTM bertujuan meringankan beban mangsa banjir.

Menurut Muhammad Sadiq, pihaknya menyerahkan sumbangan pakaian dan makanan kepada mangsa banjir.

0
0