Misi Amal Pulau Banggi, UiTM Cawangan Sabah

UiTM Cawangan Sabah telah menyampaikan sumbangan kepada mangsakebakaran Kg. Perpaduan, Pulau Banggi Kudat

24 JANUARI 2019 – Rombongan daripada UiTM Cawangan Sabah yang terdiri daripada 9 orang pegawai dan 10 siswa/i Komander Kesatria diketuai oleh Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir Rosline, Rektor telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran Kg. Perpaduan, Pulau Banggi Kudat.

Dalam sesi penyampaian sumbangan, Rektor telah diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan dan kata-kata semangat kepada semua mangsa di Pusat Pemindahan Mangsa Bencana yang ditempatkan di Pentas Terbuka Esscom. Seramai 312 mangsa terlibat dalam kebakaran ini melibatkan 77 buah keluarga.

Turut bersama-sama rombongan ini adalah Tn . Hj. Sheikh Junaidi Sheikh Mohammad, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dr. Sharifah Norafizah Syed Annuar, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni serta wakil daripada Sabah Net Sdn. Bhd. Rombongan telah diiringi oleh Miasin bin Nusiri, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) (N1 Banggi).

Seluruh warga UiTM Cawangan Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu / agensi yang bertugas dan kepada semua penyumbang yang prihatin serta menyeru mana-mana individu dan agensi-agensi kerajaan, swasta atau NGO untuk terus menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran di kawasan ini.

Foto yang berkaitan:

Pusat Pemindahan Mangsa Bencana yang ditempatkan di Pentas Terbuka Esscom

1
0