Misi Akademik Pra Pendidikan Tinggi UiTM Cawangan Negeri Sembilan Ke 16 Buah Sekolah Terpilih Sekitar Kawasan Negeri Sembilan

Bersempena dengan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada 16 Jun 2022 yang lalu, UiTM Cawangan Negeri Sembilan melalui Unit Pra Pendidikan Tinggi (PPT) telah mengadakan misi akademik PPT di 16 buah sekolah terpilih sekitar kawasan Negeri Sembilan, meliputi daerah Kuala Pilah, Jempol & Jelebu, Seremban, Tampin, Rembau dan Port Dickson. Seramai 30 orang barisan sukarelawan yang terdiri daripada warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah turun padang ke sekolah-sekolah berkenaan dan membuka booth pameran bagi mempromosikan secara langsung program pra diploma kepada para pelajar dan calon-calon lepasan SPM 2021.

Antara sekolah yang terlibat adalah :
1. SMK Undang Jelebu
2. SMK Batu Kikir
3. SMK Dato Mansor
4. SMK Dato’ Abdul Samad
5. SMK Za’aba
6. SMK Tuanku Muhammad
7. SMK Tinggi Port Dickson
8. SMK Yamtuan Radin
9. SMK Kg. Baru Si Rusa
10. SMK Datuk Abdullah, Astana Raja
11. SMA Hj Mohd Yatim
12. SMK Dato’ Undang Hj Adnan
13. SMK Pedas
14. SMK Seremban Jaya 2
15. SMK Panchor
16. SMK Dato’ Mohd Taha

Melalui misi akademik ini, calon-calon lepasan SPM 2021 berpeluang untuk mendapatkan maklumat berkaitan program-program di peringkat pra diploma yang ditawarkan di UiTM, selain boleh membuat permohonan nombor pin secara percuma dengan cara mengimbas QR code yang dikongsikan oleh para petugas. Untuk rekod, permohonan pada Fasa 1 ini adalah bagi sesi kemasukan Oktober 2022, dan ia dibuka sehingga 29 Julai 2022.