Mini SIIDEx Sekolah Zon Utara Sarawak 2019 di Miri, Sarawak

UiTM Cawangan Sarawak bersama MESTR dengan kerjasama SMA dan  JPNS telah dengan jayanya menganjurkan pertandingan Mini SIIDEx 2019

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak bersama Kementerian Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) dengan kerjasama Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan  Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) telah dengan jayanya menganjurkan pertandingan Mini SIIDEx 2019.

Pertandingan yang telah di hadiri oleh 27 buah sekolah menengah seluruh zon utara Sarawak ini telah di adakan seperti berikut.

Zon Utara ( Miri)
Tempat Meritz Hotel, Miri
Tarikh 5 – 6 Ogos 2019
Jumlah sekolah terlibat 27 buah sekolah

Projek Kerajaan Negeri Sarawak di bawah MESTR dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak ini di biayai sepenuhnya oleh SMA. Diantara lain objektif penganjurannya adalah untuk memberi pendedahan awal dan ruang untuk perkongsian pengalaman kepada para guru dan pelajar tentang idea dan kaedah ke arah penghasilan produk inovasi yang betul yang berasaskan silibus di peringkat sekolah menengah.

Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk menyediakan platform untuk guru dan pelajar mempamerkan tentang pencarian idea dan penghasilan inovasi, penyediaan kertas kerja, penghasilan poster dan cara pembentangan inovasi yang lebih berkesan.

Melalui pertandingan ini, para guru berperanan untuk mengalak dan membantu pelajar menghasilkan produk inovasi yang berasaskan konsep atau teori yang diajar dalam mata pelajaran sains di peringkat sekolah.

Penglibatan secara aktif dikalangan pelajar akan mendorong mereka untuk lebih berminat dan memberi tumpuan kepada pembelajaran yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Di samping itu juga, pertandingan ini diharapkan akan dapat membudayakan sains dan inovasi di peringkat sekolah menengah khasnya dan masyarakat amnya.

Pertandingan Mini SIIDEx Sekolah ini merupakan program yang dirangka untuk membimbing setiap guru dan pelajar yang terlibat dari permulaan penglibatan mereka sehinggalah mereka berjaya ke pertandingan akhir SIIDEx 2019 nanti.

Oleh itu, setiap sekolah akan dinilai oleh juri hakim yang terdiri daripada pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, pensyarah UiTM Sarawak dan UiTM Shah Alam  yang berpengalaman dalam program inovasi dan rekacipta. Seramai 5 orang juri hakim pertandingan akan menilai produk inovasi sekolah dari segi pelbagai aspek bagi memilih sekolah yang benar-benar bersedia untuk ke pertandingan sebenar nanti. Sebagai panduan, para juri hakim yang terlibat telah menghadiri Bengkel SIIDEx yang telah di adakan pada 18-19 Febuari 2019 yang lepas untuk mendedahkan mereka kepada peraturan dan persediaan SIIDEx.

Pertandingan Mini SIIDEx Zon Utara ini telah diwakili oleh seorang guru fasilitator atau seorang guru pengiring dan terdiri daripada dua sehingga lima orang pelajar bagi setiap sekolah yang dipertandingkan. Hasil dari penilaian para juri hakim, sebanyak 9 sekolah daripada 27 sekolah yang bertanding telah dapat menghasilkan ciptaan produk inovasi yang terbaik semasa pertandingan dan seterusnya terpilih ke peringkat akhir Sarawak Invention, Innovation and Design Expo  2019 (SIIDEx 2019) peringkat negeri Sarawak di Kuching pada bulan Oktober 2019 nanti.

Selain itu, terdapat 3 anugerah booth sekolah terbaik diberikan melalui pemilihan oleh para guru-guru yang datang semasa pertandingan. Berikut merupakan senarai sekolah yang terpilih ke peringkat akhir Sarawak Invention, Innovation and Design Expo  2019 (SIIDEx 2019) dan booth sekolah terbaik.

Senarai sekolah terpilih:-

No. Nama sekolah Nama produk innovasi
1 SMK KUBONG BIO ORGANIC TC-PHI
2 SMK LUAK MUSA FIRE STARTER
3 SMK KEMENA THE SOIL DETECTIVE
4 SMK LUTONG E.N.M.A
5 SMK BARIO PERANGKAP NYAMUK HIDROPONIK
6 SMK KIDURONG SISA HABUK KAYU SEBAGAI PENGGANTI POLIBEG
7 SMK MERBAU SMART AQUARIUM SYSTEM
8 SMK PUJUT ENGKABANG BUTTER BASED PRODUCT On COSMETIC
9 SMK BARU BINTULU PORTABLE CHILLIES HARVESTER

Booth sekolah terbaik:-

  1. SMK TRUSAN
  2. SMK BARIO
  3. SMK BARU BINTULU

Foto berkaitan:

0
0