Mini SIIDEx Sekolah Zon Selatan Sarawak 2019 di Kuching

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dan Kementerian Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) dengan kerjasama Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan  Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) telah dengan jayanya menganjurkan pertandingan Mini SIIDEx 2019 dan seterusnya majlis penutupan Mini SIIDEx 2019.

Pertandingan yang telah di hadiri oleh 39 buah sekolah menengah seluruh zon selatan Sarawak ini telah di adakan seperti berikut.

Zon Selatan (Kuching)
Tempat UCSI Hotel, Kuching
Tarikh 23 – 24 Ogos 2019
Jumlah sekolah terlibat 39

Projek Kerajaan Negeri Sarawak di bawah MESTR dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak ini di biayai sepenuhnya oleh SMA. Diantara lain objektif penganjurannya adalah untuk memberi pendedahan awal dan ruang untuk perkongsian pengalaman kepada para guru dan pelajar tentang idea dan kaedah ke arah penghasilan produk inovasi yang betul yang berasaskan silibus di peringkat sekolah menengah.

Pertandingan Mini SIIDEx Sekolah ini merupakan program yang dirangka untuk membimbing setiap guru dan pelajar yang terlibat dari permulaan penglibatan mereka sehinggalah mereka berjaya ke pertandingan akhir SIIDEx 2019 nanti.

Oleh itu, setiap sekolah akan dinilai oleh juri hakim yang terdiri daripada pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, pensyarah UiTM Sarawak, UiTM Shah Alam dan wakil industri yang berpengalaman dalam program inovasi dan rekacipta.

Seramai 12 orang juri hakim pertandingan akan menilai produk inovasi sekolah dari segi pelbagai aspek bagi memilih sekolah yang benar-benar bersedia untuk ke pertandingan sebenar nanti. Sebagai panduan, para juri hakim yang terlibat telah menghadiri Bengkel SIIDEx yang telah di adakan pada 18-19 Febuari 2019 yang lepas untuk mendedahkan mereka kepada peraturan dan persediaan SIIDEx.

Sehubungan dengan acara pertandingan Mini SIIDEx, berlakunya majlis penutupan Mini SIIDEx 2019 di UCSI Hotel, Kuching. Penutupan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato Dr. Jamil Bin Haji Hamali. Turut hadir bersama pegawai  Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan pegawai Sarawak Multimedia Authority. Selain itu majlis ini dihadiri oleh pelajar dari pengajian setempat dan orang ramai.

Pertandingan Mini SIIDEx Zon Selatan ini telah diwakili oleh seorang guru fasilitator atau seorang guru pengiring dan terdiri daripada dua sehingga lima orang pelajar bagi setiap sekolah yang dipertandingkan.

Hasil dari penilaian para juri hakim, sebanyak 9 sekolah daripada 39 sekolah yang bertanding telah dapat menghasilkan ciptaan produk inovasi yang terbaik semasa pertandingan dan seterusnya terpilih ke peringkat akhir Sarawak Invention, Innovation and Design Expo  2019 (SIIDEx 2019) peringkat negeri Sarawak di Kuching pada bulan Oktober 2019 nanti.

Selain itu, terdapat 3 anugerah booth sekolah terbaik diberikan melalui pemilihan oleh para guru-guru yang datang semasa pertandingan. Berikut merupakan senarai sekolah yang terpilih ke peringkat akhir Sarawak Invention, Innovation and Design Expo  2019 (SIIDEx 2019) dan booth sekolah terbaik.

Senarai sekolah terpilih:-

Nama sekolah Nama produk innovasi
SMK LAKE CREATIVE MULTI-FUNCTIONAL LAMP
SMK SIBURAN CAR BONET GAS CYLINDER HOLDER
SMK JALAN ARANG GREEN REVOLVE 19
SMK PADAWAN EZY GRASSCUTTER
SMK SENIBONG PENYALA API TEMPURUNG KELAPA SAWIT
SMK TEBEDU SMART WALKING STICK
SMK TEBAKANG MINI SEPARATOR MACHINE
SMK BANDAR KUCHING NO. 1 RECYCLING ENERGY OF AIR BLOWN FROM AIR-CONDITION COMPRESSOR  “RECAIRSOR”
SMK ST.JOSEPH (M) WATER CLEANER BOAT “AQUA LIMPEIZA”

Booth sekolah terbaik:-

  1. SMK TUN ABDUL RAZAK
  2. SMK TEBAKANG
  3. SMK SRI AMAN
0
0