Minggu Sains, Teknologi & Matematik (STEM) Sekolah Kebangsaan Kebagu bersama FSG, UiTM Kampus Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 17 Oktober 2024 Bagi memupuk minat dan kesedaran murid terhadap matapelajaran sains pada murid sekolah rendah, S.K Kebagu telah menjemput Fakulti Sains Gunaan (FSG) UiTM Cawangan Sabah untuk turut serta dalam minggu STEM yang diadakan di sekolah berkenaan. S.K kebagu merupakan sebuah sekolah yang unik yang terdapat di Kota Kinabalu yang masih berdinding kayu namun diceriakan dengan pemandangan laut yang cantik.

Sekolah ini menempatkan seramai 720 murid dari tahun 1 sehingga tahun 6. Bagi menarik minat pelajar dalam subjek sains, cikgu sekolah telah membuat inisiatif dengan mengadakan minggu STEM kepada murid S.K Kebagu kursusnya murid tahap 2, dimana FSG telah menghantar satu kumpulan yang terdiri daripada 2 orang pensyarah pengiring dan 8 orang pelajar AS120 (Diploma Sains) selaku fasilitator turut serta dalam program ini. Kehadiran rombongan FSG disambut dengan penuh ceria oleh guru besar sekolah iaitu Encik Rosmat bin Napiu serta murid-murid S.K Kebagu.

FSG telah merangka 3 aktiviti mudah berkonsepkan sains untuk menarik minat murid. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tin condong, kekuatan si pencungkil gigi dan syiling terapung. Aktiviti yang dijalankan mengguna pakai bahan-bahan yang mudah didapati agar murid-murid boleh mencuba dan bermain aktiviti yang dijalankan. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada setiap murid walaupun dalam keadaan hujan lebat namun masing-masing dilihat teruja untuk mencuba aktiviti yang dijalankan oleh pihak FSG, UiTM.