Minggu KaryaONE Bersama Alumni 2017

Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) akan menganjurkan Minggu KaryaONE Bersama Alumni 2017 untuk meraikan 20 tahun penubuhannya.

Dekan FiTA, Dato’ Profesor. Dr. A. Razak Mohaideen berkata acara tahun ini akan diraikan secara besar-besaran dengan menghimpunkan ALUMNI fakulti sejak tahun 1998. Acara tersebut akan berlangsung dari 12 sehingga 17 Disember 2017 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC).

Ketua Pengarah Minggu KaryaONE 2017 yang juga pengarah teater terkenal, Puan Norzizi Zulkifli berkata, Minggu KaryaONE Bersama Alumni 2017 ini menyediakan pelbagai acara berbentuk ilmiah dan artrepreneur. Antara program- program yang bakal berlangsung adalah anugerah FiTA KaryaOne Awards, Malam Promosi Filem Badang, Wacana Seni, Animation Kingdom, Pameran Fotografi Nostalgia FiTA, Tayangan Filem Pendek, Mini Carnival dan banyak lagi. 

Selain daripada aktiviti di atas, FiTA juga akan menganjurkan Konsert Emoji yang menampilkan artis-artis terkenal iaitu Anuar Zain, Faizal Tahir dan Akim & The Majistret pada 16 dan 17 Disember 2017 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). 

Pengarah Konsert Emoji yang juga Ketua Pusat Pengajian Program Pengurusan Industri Kreatif FiTA, Puan Aminah Rhapor berkata konsert ini dinamakan Konsert Emoji kerana ia adalah satu simbolik gabungan pelbagai emosi sepanjang 20 tahun penubuhan FiTA. Untuk pembelian tiket Konsert Emoji sila hubungi Penasihat Penjualan Tiket, Publisiti & Pemasaran, Puan Raja Nor Aminah Raja Ayob di talian 016 278 2703. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Minggu KaryaONE Bersama Alumni 2017 sila hubungi :

Layari laman sesawang rasmi KaryaOne : http://karyaone.com/ 
Layari laman sesawang rasmi FiTA : http://fita.uitm.edu.my/v4/index.php/en/
Like kami di Facebook – https://web.facebook.com/karyaonefita/ 
Follow kami di Twitter – https://twitter.com/karyaonefita
Follow kami di Instagram – https://www.instagram.com/karyaonefita/

0
0