Minggu Destini Siswa Anjuran UiTM Kampus Sungai Buloh 2022

Minggu Destini Siswa (MDS) merupakan program wajib di peringkat universiti yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Kolej (UPK) Kampus Sungai Buloh pada setiap semester. Program ini diadakan secara bersemuka khusus buat semua pelajar baru Tahun 1 Fakulti Pergigian dan Perubatan selari dengan ketetapan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan UiTM.

Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar baru tentang kemudahan asas dan frasarana di Kampus Sungai Buloh di samping memberi penerangan tentang peraturan Akta 174 yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar UiTM. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi motivasi kepada pelajar penerapan untuk menguruskan diri sendiri serta menyemarakkan semangat menimba ilmu bagi
mencapai tahap kecemerlangan.

Matlamat yang terakhir adalah bagi menyemai dan memupuk nilai-nilai murni, jati diri serta personaliti pelajar yang unggul. Program ini diadakan pada 22 Oktober 2022 bertempat di Auditorium 2, Fakulti Perubatan dan telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Ahmad Taufek, Penolong Rektor UiTM Sungai Buloh.

Program ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi taklimat yang disampaikan dari 5 PTJ iaitu dari Polis Bantuan, Unit ICT dan lain-lain. Pada sesi kedua pula iaitu di sesi petang adalah program road tour kampus dan ianya dibuat dalam acara sukaneka secara berkumpulan. Seramai 94 orang mahasiswa baru Tahun 1 yang terdiri daripada 58 pelajar Fakulti Pergigian dan 36 pelajar Fakulti Perubatan telah menyertai program ini. Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada mahasiswa baru dan dapat dilaksanakan lagi pada tahun akan datang dengan idea yang lebih menarik dan kreatif.