Mesyuarat Tiga Penjuru antara Bahagian Audit Dalam, Unit Pengurusan Risiko dan InQKA

13 Ogos 2021 – Mesyuarat Keberkesanaan Pelaksanaan Audit UiTM secara dalam talian di Google Meet telah berlangsung antara 3 bahagian penting dalam UiTM. Sinergi dalam pengauditan direalisikan oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) dengan mewujudkan kerjasama tiga penjuru antara Bahagian Audit Dalam, Unit Pengurusan Risiko dan InQKA. Mesyuarat tiga penjuru ini bertujuan untuk menghasikan proses pengauditan yang lebih cekap, berkesan dan berimpak tinggi. Gabungan kerjasama ini mampu mewujudkan pelaksanaan audit yang dapat menghasilkan pecutan kecemerlangan UiTM.

Unit Sistem Kualiti dan Kecemerlangan Operasi (SKKO) diwakili oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Nik Rosli Abdullah selaku Pengarah SKKO, Prof. Madya Dr. Shahrul Azam Abdullah, Ketua SKKO, Ts Mohd Norafizal Abdul Aziz, Ketua Sistem Audit (KSA) Korporat UiTM dan Puan Hairani Wahab mantan KSA Korporat UiTM.

Bahagian Audit Dalam diwakili oleh Encik Faizol Yeop Mohd Rose selaku Ketua Bahagian Audit Dalam dan Puan Mia Imawati Jalil, Timbalan Ketua Juruaudit. Manakala Unit Pengurusan Risiko (UPR) pula diwakili oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nizal Haniff, Pengarah UPR, Prof. Dr. Nor’Azam Mastuki, Felo UPR dan Puan Adilla Hayati Mohd Satali, Penolong Pendaftar, UPR.

Mesyuarat tiga penjuru ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk memberi nilai tambah kepada Sistem Pengurusan Kualiti UiTM.