Mesyuarat Steering Committee antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama Indah Water Konsortium SDN. BHD

30 Mei 2022 – Telah berlangsung satu mesyuarat antara UiTM dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd. UiTM diwakili oleh Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan Profesor Dr Nooritawati Md Tahir, Pengarah Neksus Penyelidikan (ReNeU), dan Timbalan-Timbalan Pengarahnya, serta penyelidik terlibat. Encik Mohd Zainal Zakaria yang merupakan Senior General Manager, Operations Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) turut hadir mewakili IWK.

Mesyuarat memfokuskan kepada hala tuju kerjasama antara UiTM dan IWK yang telah terbina sejak tahun 2020. Antara yang telah dijalankan adalah insiatif geran padanan antara dua pihak melalui Strategic Research Partnership UiTM yang melibatkan 4 Projek yang telah diluluskan.

“Saya percaya dengan semua kepakaran dan kesarjanaan yang dimiliki oleh ahli akademik UiTM, dapatlah ia digunakan dan diterjemahkan kepada kegunaan industri dengan lebih bermakna. UiTM telah menandatangi Memorandum of Understanding (MoU) bersama IWK dan saya telah melihat kerja-kerja penyelidikan telah bermula hasil dari jalinan kerjasama ini. Ia bukanlah semata-mata dokumen perjanjian kerjasama, tetapi kita telah melihat bagaimana ahli akademik UiTM dengan kepakaran tertentu telah menghasilkan output berharga untuk pihak IWK.”- Profesor Norazah

Profesor Norazah melihat bahawa kolaborasi antara UiTM dan IWK perlu diteruskan pada masa yang akan datang supaya sinergi dalam menghasilkan output terbaik dapat direalisasikan demi kepentingan bersama akademik dan industri.