Mesyuarat Kolaborasi Penyelidikan di antara UiTM dan FGV Berhad

6 September 2022, UiTM Shah Alam-  Universiti Teknologi MARA melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah mengadakan sesi mesyuarat berkaitan kolaborasi penyelidikan di antara UiTM dan syarikat FGV Berhad bertempat di bilik Mesyuarat LPU, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.

Delegasi FGV Berhad telah diketuai Encik Zul Hasymi Saadul Kurzi, CEO, Fgv Agri Srrvices Sdn Bhd. Hadir sama, Encik Noor Hisham Hamid, CEO FGV R&D and FGAT, Encik Mohamad Idris Ismail, Head of Corporate Center, Encik Zaharuddin Mohd Said, Head of PPPTR, Pahang, Encik Anuar Shaharuddin, Head of Administration, PPPTR, Pahang, Puan Farrah Liza Abd Rais, Corporate Centre dan Encik Idham Shafiq, Corporate Center.

Perbincangan yang diketuai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) ini bertujuan untuk mengenal pasti inisiatif dan potensi-potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan di antara UiTM dan FGV dalam hal berkaitan penyelidikan, pemindahan teknologi dan peningkatan kemahiran.

UiTM sentiasa terbuka dalam menerima apa jua bentuk kolaborasi bersama pihak industri untuk memberikan hasil dan impak penyelidikan yang bermanfaat kepada masyarakat. YBhg. Prof. Ts. Dr Norazah amatlah berharap satu perjanjian kerjasama dapat termetrai di antara UiTM dan FGV melalui Memorandum of Understanding (MoU) ataupun Memorandum of Agreement (MoA).

Turut hadir sebahagian penyelidik UiTM, YBhg. Prof. Dr Wan Mohd Nazri, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Industri (PJI), UiTM Pahang, YBhg. Prof. Ts. Dr Jasni Mohamad Zain, Pengarah Institut Analitik Data Raya dan Kepintaran Buatan (IBDAAI), YBrs. Prof. Madya Dr Marina Yusoff, Felo Institut Analitik Data Raya dan Kepintaran Buatan (IBDAAI), YBrs. Prof. Madya Dr Wan Liza Md Amin, Timbalan Pengarah, Social Creativity and Innovation, Research Nexus UiTM (ReNeU), YBrs. Prof. Madya Dr Zainiharyati Mohd Zain, Timbalan Pengarah, Energy and Environment, Research Nexus UiTM (ReNeU), YBrs. Prof. Madya Dr Abdul Hadi Abdul Razak, Koordinator Cyber Technology, Research Nexus UiTM (ReNeU) serta YBrs. Prof. Madya Dr Mohd Rizaimy Shaharudin, Timbalan Pengarah, Logistic and Transportation, Research Nexus UiTM (ReNeU).

Semoga melalui perbincangan ini akan meningkatkan lagi pertukaran idea, kemahiran dan kepakaran dalam menjadikan PPPTR ini sebagai pusat latihan industri dan akademik, disamping membantu memenuhi agenda UiTM untuk menjadi universiti terkemuka dunia menjelang 2025.