Mesyuarat ke-67 Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS) Universiti Awam.

Bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canseleri UiTM, Shah Alam, berlangsung Mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS) Universiti Awam kali ke-67 pada 28 September 2022 dimana Universiti Teknologi MARA (UiTM) selaku tuan rumah pada kali ini. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Professor Dr Ida Madieha Bt. Abdul Ghani Azmi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beberapa isu perkembangan berkaitan kecemerlangan akademik dan penawaran biasiswa kepada pelajar antarabangsa telah dibentang oleh wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Puan Mazlina Binti Mokhtar. Turut serta di dalam pembentangan mengenai isu status pelajar antarabangsa ialah Encik Mohd Radzlan Jalaludin, Ketua Pegawai Eksekutif dari EMGS (Education Malaysia Global Services). Beliau membuat pembentangan laporan dan perkembangan yang terkini berkenaan aktiviti-aktiviti Pemasaran EMGS dan salah satunya ialah “University Talk” .

Pembentangan statistik permohonan pelajar antarabangsa mengikut perbandingan antara universiti tempatan, negara yang memohon dan bidang pengajian turut menjadi bahan pembentangan. Di dalam mesyuarat kali ini, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dijemput untuk memberi perkongsian amalan terbaik iaitu Skim Bitara bagi menangani isu yuran baharu yang tinggi dan manala Universiti Putra Malaysia (UPM) pulak mengenai Amalan Joint, Dual, Double serta Cotutelle Degree. Mesyuarat ini telah diakhiri dengan sesi soal jawab mengenai isu-isu semasa yang berkaitan.

Mesyuarat disertai oleh ahli-ahli MDPS dan wakil-wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Education Malaysia Global Services (EMGS), dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) . Turut dijemput ialah Malaysian Qualification Agency (MQA).