Mesyuarat Inisiatif Kerjasama FPPUiTMCPP-JPKVK

Permatang Pauh: Mesyuarat inisiatif kerjasama di antara Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang dengan Jabatan Perniagaan Kolej Vokasional Kulim (KVK) bertempat di Bilik Perdana, UiTMCPP pada hari Isnin, 22hb Julai 2019.

Mesyuarat ini berlangsung selepas selesainya mesyuarat kolaborasi yang pertama di antara Kolej Vokasional Kulim dengan UiTM Cawangan Pulau Pinang di Research Garden, UITMCPP.

Di antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah pengukuhan kerjasama di dalam bidang penilaian berterusan, penyediaan modul dan penulisan buku akademik.

Foto berkaitan:

0
0