Mendekati Penghuni Kolej Perindu Melalui “Perindu Okay? Kesihatan Mental Dan Kesejahteraan Diri” bersama Dr Sharifah Muzlia

Mendekati Penghuni Kolej Perindu Melalui "Perindu Okay? Kesihatan Mental Dan Kesejahteraan Diri" bersama Dr Sharifah Muzlia

21 April 2020 – Shah Alam, Berikutan dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah memasuki fasa ke-3, sekali lagi dengan kerjasama Staf Residen Kolej (SRK), Pengetua Kolej Perindu dan juga Jabatan Perwakilan Kolej (JPK) telah mengadakan satu aktiviti perkongsian atas talian bersama dengan pelajar yang masih menetap dan juga pelajar yang sudah pulang ke rumah. “Perindu okay? Kesihatan Mental dan Diri” bersama dengan Dr Sharifah Muzlia iaitu merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan UiTM Puncak Alam.

Maka, fokus utama aktiviti ini adalah untuk membuka mata dan persepsi mengenai kesihatan mental dan juga diri seseorang pelajar tersebut. Menurut beliau, aktiviti seperti ini amat penting bagi membantu mematahkan pandangan serong masyarakat mengenai kesihatan mental, justeru dapat diketengahkan isu ini dari pelbagai lapisan. Beliau turut menyampaikan bahawa penting untuk para pelajar mnjaga empat aspek penting dalam menjadi seorang individu yang sihat mental dan fizikal. Antaranya empat aspek penting tersebut ialah Mental, Emosi, Fizikal dan Tingkah laku.

Menurut beliau dengan menjaga dan mengamalkan empat aspek penting ini dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar.Tambah beliau lagi, adalah harapan beliau agar subjek berkaitan kesihatan mental dan kauseling dapat diwujudkan untuk setiap fakulti dan kos diseluruh universiti di Malaysia. Hal ini dikatakan kerana, adalah lebih baik kita memberi kesedaran awal mengenai perkara ini kerana “ mencegah itu adalah lebih daripada merawat”.

Akhir sekali, adalah diharapakan perkongsian bagi kali ini akan memberi lebih banyak input dan manfaat kepada pelajar pelajar kolej perndu. Diharapkan juga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang,

Foto berkaitan:

Mendekati Penghuni Kolej Perindu Melalui "Perindu Okay? Kesihatan Mental Dan Kesejahteraan Diri" bersama Dr Sharifah Muzlia

Oleh : Fitri Abdullah