Memahami strategi media, Pertubuhan Penilaian Impak Sosial Malaysia (MSIA) pertimbang kerjasama dengan Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media Melaka

Pertubuhan Penilaian Impak Sosial Malaysia (MSIA) baru-baru ini mengintai peluang melebar sayap Pertubuhan mereka melalui kemahiran dan strategi media.

Menerusi sesi perbincangan maya selama dua jam antara Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media, Puan Siti Hajar Abd Aziz dan (MSIA) secara maya pada 28 Julai yang lalu, pertubuhan itu telah didedahkan dengan pengetahuan media dan strategi umum penembusan media sebagai potensi mengorak lebih jauh di dalam penyampaian mesej secara berkesan.

Sesi perbincangan “Media Strategi for Malaysian Association of Social Impact Assessment (MSIA)” bersama Presiden MSIA TPr Herlina Ab Aziz dan Timbalan Presiden Dr Bala G. Murugam turut dihadiri hampir keseluruhan exco Pertubuhan tersebut termasuk Exco dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Strategik, Puan Sri Dr Jahara Yahaya, Setiausaha MSIA Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Samad, Exco dan Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan, Profesor Dr Mohd Shahwahid Haji. Othman.

Turut hadir ialah Exco-exco lain iaitu Chhoa Chik Peng, TPr Mohammed Shaari Mohammed Suhaimi and Lilian Tai Yee Chi.

Sesi tersebut berjaya membuka mata tentang kepentingan media dan keperluannya dalam membentuk mesej yang positif untuk meningkatkan kesedaran, mempengaruhi pandangan awam, dan melibatkan masyarakat di dalam pembangunan mapan negara ini.