BANDARAYA MELAKA, 15 DISEMBER 2022 – Kelab Warisan Budaya (KWB) dibawah Unit Kesenian dan Kebudayaan, Universiti Teknologi Mara Kampus Bandaraya Melaka telah menganjurkan program Malam Aspirasi Budaya (MAYA) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej bagi sama-sama menggembleng tenaga dalam program ini yang berlangsung selama 4 hari berturut-turut dengan bimbingan dariada Encik Mohd Isham Bin Abidin, penyelaras unit kebudayaan dan kesenian UiTM Kampus Bandaraya Melaka merangkap penasihat program Minggu Apirasi Budaya dan Puan Siti Amalina Binti Mohd Yazid, penasihat 2 Kelab Warisan Budaya. Program ini diadakan pada 12 hingga 15 Disember 2022 yang bertempat di Auditorium Ibu Zain UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Malam Apirasi Budaya (MAYA) merupakan acara tahunan bagi Universiti Tekonologi MARA Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka untuk menonjolkan bakat para pelajar di kampus ini.
Sekian lama program ini tidak berlangsung secara fizikal akibat pandemik Covid-19, akhirnya program ini berjaya dilaksanakan pada tahun ini malah dapat sambutan yang menggalakan dari kalangan pelajar dan pensyarah. Program ini turut dihadiri oleh Dr Mohd Halim Bin Mampoth, Penolong Rektor UiTM cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka dalam merasmikan malam pembukaan MAYA 2022. Antara objektif Maya 2022 adalah mengasah bakat-bakat terpendam siswa dan siswi UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka terutamanya dalam bidang kesenian dan kebudayaan serta mengeratkan hubungan silaturrahim yang mantap antara ahli-ahli persatuan yang terdiri daripada pelbagai pecahan bakat dan budaya. Seramai 444 pelajar yang terdiri daripada 6 persatuan iaitu Human Resources Society (HURES), International Business Unity Club (IBUC), Bachelor of Office Systems Society (BOSS), Finance Student Association Club (FINEST), Marketing Students’ Association (MASA) dan Hotel & Tourism Club (HOTOUR) yang mewakili persatuan masing-masing untuk setiap acara kategori yang dipertandingkan. Malam Aspirasi Budaya ini terdiri daripada 6 kategori iaitu pertandingan nyanyian solo lelaki dan wanita, pertandingan nyanyian ketuhanan berkumpulan, pertandingan koir, pertandingan boria dan pertandingan tarian multicultural.
Disamping itu, malam penutup Maya mendapat sambutan yang memberangsangkan dan ditunggu-tunggu oleh para pelajar bagi sesi penyampaian hadiah kepada pemenang untuk kesemua kategori dan juara keseluruhan untuk program ini. Program juga turut menerima kehadiran Prof Madya Ts Dr Mohd Rasdi Bin Zaini selaku Rektor UiTM Cawangan Melaka dalam menyampaikan ucapan aluan sebagai penutup program. Program ini adalah program yang meraikan dan menghargai seni warisan dan kebudayaan di Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa. Para pelajar tidak dapat merasai dan melibatkan diri dalam seni kebudayaan sekiranya program kebudayaan seperti ini tidak dijalankan. Oleh itu, program yang sedemikian ini mampu memupuk semangat dalam memelihara warisan budaya yang diwarisi setiap kaum di negara ini.