Masjid UiTM Berkongsi Rezeki

Kemelut Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu, sangat memberi kesan kepada masyarakat khususnya mereka yang tidak berpendapatan tetap atau rendah. Justeru, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam tidak melepaskan peluang menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyalurkan bantuan keperluan asas kepada warga UiTM yang terjejas akibat Pandemik Covid-19 ini.

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam, Hanafi Hamdani berkata,” Program yang dinamakan
‘ Kongsi Rezeki ‘ini adalah salah satu inisiatif kami menyampaikan meringankan sedikit beban mereka yang terkesan dan ia merupakan hasil sumbangan warga UiTM yang budiman. Selain itu, program ini bukan sahaja mampu membentuk sifat “ta’awun” atau bantu-membantu tetapi memupuk sifat kasih-sayang sesama masyarakat.”

Sesuai dengan slogan “Keluarga UiTM”, program ini diharap mampu memberikan sedikit keceriaan serta perasaan sebagai satu keluarga kepada warga UiTM tersebut. Bantuan tersebut telah disampaikan terus ke tangan penerima oleh para pegawai Bahagian Hal Ehwal Islam secara berperingkat di jabatan-jabatan berkaitan serta terus ke kediaman penerima.