MARUAH DIRI MAHKOTA WANITA

SEGAMAT, 16 Jun 2023 – Program โ€œBicara Siswi: Heart 2 heartโ€ telah berjaya dianjurkan oleh kelab Al-Falah. Mahasiswa kini perlu diberikan perhatian memandangkan mereka pencorak bangsa dan negara pada masa hadapan. Penekanan diberikan kepada hubungan sesama mereka dan semua masyarakat dan akhlak muda mudi khususnya mahasiswa perempuan. Pemakaian atau aurat perlu ditekankan agar menjadi benteng kepada sikap dan perlakuan. Peranan pensyarah, pentadbir, masyarakat dan pimpinan negara perlu memainkan peranan membantu mencorak mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi agar lebih menitikberatkan hubungan tidak terlalu bebas dan menjaga batas pergaulan.

Program ini juga merupakan sebuah program yang membahaskan isu berkaitan bagaimana cara untuk memartabatkan maruah sebagai wanita Islam dengan tajuk isu ikhtilat dan couple untuk wanita. Mutakhir ini, kita melihat generasi muda sekarang yang sering tersalah anggap bagaimana cara pergaulan dengan berlainan jantina yang sebetulnya mengikut panduan Islam. Mahasiswa masa kini yang terdedah dengan teknologi tanpa sempadan yang memudahkan lagi proses interaksi sesama mereka terutama sekali yang berlainan jantina. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa betapa petingnya martabat bagi seorang wanita dan mengupas cara pengaulan yang sebenar mengikut panduan Islam.

Puan Rohana Binti Hj. Sahak iaitu seorang penceramah motivasi dijemput untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa. Program ini dijalankan bagi membimbing mahasiswa ke arah yang lebih tepat untuk mencorak diri di masa hadapan serta mengetahui batas pergaulan. Mahasiswa perlu menjadikan maruah diri sebagai mahkota bagi wanita yang wajib dipelihara mengikut hukum syarak.