MARCAPADA: Fesyen Futuristik kerjasama PORT Ipoh dan UiTM Cawangan Perak di Silveritage Gopeng Perak

Gopeng, 9 Disember 2023 – Pada tarikh ini, Silveritage Gopeng Perak menjadi saksi kepada satu pertunjukkan fesyen yang luar biasa, hasil daripada kerjasama antara PORT (People of Remarkable Talents) dan Kolej Pengajian Seni Kreatif, Jabatan Seni Reka Fesyen UiTM Cawangan Perak. Bertemakan “MARCAPADA,” pertunjukan ini memukau penonton dengan keunikan rekaan fesyen futuristic yang memancarkan kreativiti dan bakat pelajar.

Pertunjukan selama lebih kurang satu jam ini disertai oleh iringan live muzik eksperimental daripada Dr Muhammad Kamal Bin Sabran, menambahkan satu dimensi artistik yang memukau. Sebanyak 40 pasang rekaan kreatif yang dirangka oleh para pelajar UiTM Cawangan Perak khususnya pelajar seni reka fesyen telah dipamerkan dengan penuh gaya.

   

Menariknya, pertunjukan ini terbahagi kepada tiga slot yang berbeza, iaitu pakaian malam, pakaian kasual, dan pakaian jalanan. Setiap slot memaparkan elemen futuristik yang mencipta satu pengalaman visual yang tidak terlupakan bagi penonton. Rekaan-rekaan tersebut bukan sahaja mencerminkan keupayaan kreatif pelajar, tetapi juga memberi pandangan terhadap estetika fesyen masa depan.


Dalam tiga slot berbeza – pakaian malam, kasual, dan jalanan – penonton dibawa melalui perjalanan fesyen yang berani dan inovatif. Lebih menarik, penglibatan 13 pelajar sebagai crew pengurusan pertunjukan menandakan usaha UiTM untuk menyatukan teori dan praktikal, khususnya dalam kursus pengurusan fesyen di bawah bimbingan Pensyarah En. Khairi Asyraf Bin Abdul Karim.

Pertunjukan MARCAPADA bukan hanya sekadar acara fesyen, tetapi merupakan contoh bagaimana institusi pendidikan dapat bekerjasama dengan industri untuk mencipta peluang pembelajaran yang holistik. Dengan kejayaan acara ini, UiTM Cawangan Perak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pencetus bakat-bakat muda yang berkualiti dalam seni reka fesyen di Malaysia.