Majlis Santai Alumni QS 2019 Menyantuni Para Alumni Pusat Pengajian Ukur Bahan UiTM buat Julung Kali

Majlis Santai Alumni QS 2019 Menyantuni Para Alumni Pusat Pengajian Ukur Bahan Uitm Buat Julung Kali

24 November 2019 – Satu majlis Santai Alumni QS 2019 telah julung-julung kali diadakan bagi meraikan para alumni Ukur Bahan UiTM. Majlis yang bertemakan “Smart and Sweet” ini telah berjaya mengumpulkan seramai lebih 200 alumni bermula dari awal penubuhan pusat pengajian Ukur Bahan di UiTM seawal tahun 1967, sehinggalah ke pelajar alumni tahun-tahun selepasnya.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Dekan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU),UiTM, Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri FSPU, Profesor Datin Sr Dr. Hamimah Adnan dan juga Ketua Pusat Pengajian Ukur Bahan FSPU,Profesor Madya Datin Sr Dr.Norsiah Mohamad.

Majlis Santai Alumni QS 2019 Menyantuni Para Alumni Pusat Pengajian Ukur Bahan Uitm Buat Julung Kali

Beberapa acara menarik telah diadakan sepanjang majlis berlangsung, antaranya ialah cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah lumayan, sesi bergambar di ‘accessories booth’ gambar segera, persembahan nyanyian daripada pelajar-pelajar Ukur Bahan dan juga artis jemputan khas dari luar, kuiz “Kahoot” dengan bertanyakan soalan-soalan unik berkaitan UiTM, tayangan video dan montaj mengimbau kenangan di UiTM yang dihasilkan sendiri oleh para alumni mengikut tahun masing-masing, dan diakhiri dengan sesi bergambar khas beramai-ramai berlatarbelakangkan suasana majlis.

Turut memberi ucapan dalam majlis tersebut ialah Ar Mustapha Mohd Salleh, Presiden Pertubuhan Alumni Alam Bina (PAAB) yang juga baru ditubuhkan secara rasmi dalam tahun ini juga. En Hanafiah, mantan pensyarah di pusat pengajian Ukur Bahan juga diminta untuk memberikan ucapan nostalgia khas mewakili bekas-bekas pensyarah yang lain kepada para alumni yang hadir.

Majlis Santai Alumni QS 2019 Menyantuni Para Alumni Pusat Pengajian Ukur Bahan Uitm Buat Julung Kali

Selain mempertemukan kembali alumni-alumni dalam satu majlis khas, paling istimewa adalah majlis ini turut melancarkan secara rasminya Tabung Bantuan Pelajar Ukur Bahan FSPU. Tabung ini bermatlamat mengumpulkan sumbangan bagi tujuan pendidikan dan penyelidikan yang dijalankan di pusat pengajian Ukur Bahan dari masa ke semasa. Aktviti alumni seumpama ini diharapkan dapat dijadikan aktiviti tahunan untuk merapatkan lagi silaturrahim di kalangan para alumni Ukur Bahan.

 

1
0