Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat UiTM 2019

Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana dengan kerjasama Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat UiTM Shah Alam akan menganjurkan Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat UiTM 2019 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Ogos 2019 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam
Pakaian : Baju Batik

Sehubungan itu, YBhg. Dato’ Sri /Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dengan sukacitanya dijemput hadir ke majlis tersebut. Kehadiran staf di majlis ini akan diberikan jam latihan dan kemasukan jam latihan akan di uruskan oleh PTJ masing-masing.

0
0