Majlis Perpisahan Mahasiswa Ilmu Keolahragaan UNNES Tutup Program Mobiliti 2019 di Fakulti Pendidikan

Majlis Perpisahan Mahasiswa Ilmu Keolahragaan UNNES Tutup Program Mobiliti 2019 di Fakulti Pendidikan
Mahasiswa UNNES bergambar sebelum bertolak pulang

Pada 14 Disember 2019, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) telah menganjurkan satu majlis perpisahan untuk mahasiswa Fakultas Ilmu Keolahraagaan (FIK), Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia, yang telah mengikuti program mobiliti inbound di Fakulti Pendidikan.

11 mahasiswa FIK UNNES ini telah berkampung di Fakulti Pendidikan selama 2 minggu dan sepanjang tempoh berkenaan, mereka telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti akademik dan riadah serta menjadi sebahagian daripada keluarga besar Jabatan PJK.

Majlis Perpisahan Mahasiswa Ilmu Keolahragaan UNNES Tutup Program Mobiliti 2019 di Fakulti Pendidikan
Mahasiswa UNNES bersama pensyarah Jabatan PJK Fakulti Pendidikan

Majlis perpisahan tersebut dimulakan dengan rumusan serta refleksi program oleh Puan Ani Mazlina Dewi Mohamed, Penyelaras Program Community Service Project Indonesia-Malaysia (UNNES-UiTM) yang juga merupakan pensyarah di Jabatan PJK. Turut hadir dan menyampaikan ucapan penutup program tersebut ialah Koordinator Jabatan PJK, Prof. Madya Dr. Mawarni Mohamed.

Wakil mahasiswa UNNES, Saudara Ahmad Khusny mewakili teman-teman beliau serta pensyarah pengiring mengucapkan terima kasih kepada Fakulti Pendidikan di atas kesudian menerima delegasi dan di atas pengalaman serta ilmu yang diperoleh.

Sebagai tanda penghargaan, delegasi UNNES telah menyampaikan cenderamata khusus dari Indonesia untuk kedua-dua pensyarah. Majlis ditutup dengan upacara penyerahan sijil penghargaan kepada kesemua mahasiswa dan sesi bergambar.

Majlis Perpisahan Mahasiswa Ilmu Keolahragaan UNNES Tutup Program Mobiliti 2019 di Fakulti Pendidikan
Penyerahan cenderamata daripada wakil UNNES kepada (dari kanan) Koordinator Program PJK dan Penyelaras Program Community Service Project