Majlis Penyerahan PerantiSiswa oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia kepada Pelajar Golongan B40 UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang

MACHANG, 17 Oktober – UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang telah berjaya melaksanakan Majlis Penyerahan Tablet PerantiSiswa kepada seramai 1226 orang pelajar yang berstatus sepenuh masa pada 13 Oktober 2022. Majlis penyerahan ini telah disampaikan oleh Tan Sri Datuk Seri Haji Annuar Musa selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia dibawah Belanjawan 2022 yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang wakil daripada Pengurusan Kanan Universiti antaranya Prof. Madya Ts. Dr. Nasir Ismail selaku Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik), Dr. Syerina Azlin Md Nasir selaku Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Jaringan Industri), Ts. Dr. Khalid Abdul Wahid selaku Penolong Rektor (Kampus Kota Bharu) dan Encik Hishamudin Mohamad Twontawi selaku Timbalan Pendaftar. Majlis tersebut berlangsung selama dua (2) jam di mana Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) turut memberikan ucapan terima kasih kepada pihak kementerian yang memberikan sumbangan kepada pelajar dalam golongan B40. Acara kemuncak majlis adalah ucapan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia dan gimik penyerahan PerantiSiswa kepada dua puluh (20) pelajar yang dipilih untuk menerima peranti.

Majlis Penyerahan PerantiSiswa oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia kepada Pelajar Golongan B40 UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang, pautan berikut: https://kelantan.uitm.edu.my/index.php/events/880-majlis-penyerahan-perantisiswa-oleh-tan-sri-datuk-seri-panglima-haji-annuar-musa-menteri-komunikasi-dan-multimedia-kepada-pelajar-golongan-b40-uitm-cawangan-kelantan-kampus-machang