Majlis Penutupan Kokurikulum Sesi 2021/2022 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak

Unit Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah mengadakan Majlis Penutupan Kokurikulum Sesi 2021/2022 pada 28 Januari 2022 yang lalu bertempat di Dewan Jubli, UiTM Kampus Samarahan. Majlis sederhana tetapi bermakna ini telah disempurnakan oleh Profesor Madya Ts. ChM. Dr. Mohammad Isa bin Mohammadin wakil daripada Rektor UiTM Cawangan Sarawak.

Objektif majlis ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara Kelab Kadet Bomba UiTM dengan Unit Kokurikulum yang lain dan melahirkan pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti unit beruniform masing-masing. Antara tujuan lain majlis ini diadakan memberi peluang untuk para pelajar terlibat dalam pengurusan program sebegini serta membuka peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi atau mempersembahkan hasil pembelajaran mereka kepada umum. Majlis ini telah diselenggara oleh Kelab Kadet Bomba UiTM Cawangan Sarawak.

Turut hadir sepanjang majlis ini berlangsung ialah Timbalan – Timbalan Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Ketua – Ketua Bahagian UiTM Cawangan Sarawak , Ketua Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Sarawak dan Ahli Kelab Kadet Bomba .