Majlis Penutupan Kokurikulum dan Pertandingan Kawad Kaki di UiTM Pulau Pinang

Majlis Penutupan Kokurikulum dan Pertandingan Kawad Kaki

Seberang Jaya, 14 Disember 2019 – Bertempat di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Unit Kokurikulum Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Pertandingan Kawad Kaki (PERKAD) dan Penutupan Kokurikulum (Diploma & Ijazah) Sesi Sept 2019 – Jan 2020 bagi memberi penghargaan kepada penyelaras kokurikulum serta jurulatih yang telah berkhidmat dengan jayanya sepanjang sepanjang tempoh perkhidmatan mereka pada sesi ini.

Bagi pertandingan kawad kaki pula, para pelatih dapat mempelajari ilmu sampingan seperti menjalani aktiviti kawad kaki, ujian kecergasan, orienteering di mana memerlukan kerjasama berpasukan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan  dan pelbagai kursus-kursus yang ditawarkan.

Majlis Penutupan Kokurikulum dan Pertandingan Kawad Kaki

Majlis pada petang tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Brigadier Jeneral (K) Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisbany Mohd Hashim (KEST), Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang. Turut hadir bersama barisan Pegawai Kehormat, Pegawai-Pegawai Kokurikulum serta jurulatih jurulatih UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Di dalam ucapan Tuan Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, beliau menyatakan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di UiTM Cawangan Pulau Pinang berjaya menghasilkan pelatih-pelatih yang berdisiplin tinggi, semangat kerja berpasukan serta mempunyai nilai jati diri yang tinggi.

Kenyataan beliau telah disokong oleh YBrs. Kolonel (K) Ts. Dr. Mohd Rozaiman Bin Aziz (KEST), Timbalan Rektor HEP di mana ada di antara pelatih-pelatih berjaya menempa nama mereka di luar UiTM dalam bidang kokurikulum berkat usaha yang dijalankan oleh jurulatih-jurulatih dan Unit Kokurikulum, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Majlis Penutupan Kokurikulum dan Pertandingan Kawad Kaki

Majlis Penutupan Kokurikulum dan Pertandingan Kawad Kaki
YBhg. Brigadier Jeneral (K) Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisbany Mohd Hashim (KEST), Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang
1
0