Majlis Penutupan Karnival Cakna Komuniti APB 2018 (KACAK) Meriah

Majlis Penutupan Karnival Cakna Komuniti APB 2018 (KACAK) telah berlangsung di Akademi Pengajian Bahasa (APB) pada Sabtu yang lalu. Majlis telah disempurnakan oleh Ybhg. Prof. Dato’ Dr Abdullah Mohamad Said, selaku wakil kepada Naib Canselor, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said.
Majlis yang turut meraikan Hari Altruisme 2.0 ini telah diadakan di perkarangan lobi APB dan turut disertai warga UiTM dan badan-badan kebajikan serta keluarga kanak-kanak kurang upaya.
KACAK 2018 yang berlangsung selama 5 hari ini (24 hingga 29 September 2018) menggabungkan tiga (3) program iaitu Fiesta Lingua 3.0, Hari Keusahawanan APB 2018 dan kemuncaknya, Hari Altruisme 2.0 pada hari Sabtu yang lepas.
Karnival mega ini diadakan bertujuan untuk:
(i) memupuk semangat keusahawanan,
(ii) menghayati budaya melalui kepelbagaian bahasa, serta
(iii) memupuk semangat altruistik dikalangan warga APB dan UiTM amnya.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat, APB, UiTM
0
0