Majlis Penutupan Induksi Jurulatih Kokurikulum UiTM: Menyemai Komitmen untuk Sesi Oktober 2024 – Februari 2025

12 Oktober 2024 – Majlis Perasmian Penutupan Program Induksi Jurulatih Sesi Oktober 2024 – Telah berlangsung  di Auditorium Utama, Kompleks Ilham, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum UiTM, Datuk Dr. Hasrol Jono, dihadiri oleh Timbalan Pendaftar Kanan (Kokurikulum), En. Mohd Azmil Alias, Ketua Unit Latihan dan Kompetensi, Pn. Nooraidah Mokhtar, AJK Program yang terdiri dari Staff Pusat Kokurikulum serta Ketua-ketua unit lain dan para jurulatih dari pelbagai komponen kokurikulum.

Tujuan program induksi ini adalah untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan kokurikulum, serta menggalakkan pertukaran idea antara jurulatih dalam usaha memperkasakan pelaksanaan kursus kokurikulum. Salah satu inovasi yang diketengahkan adalah penggunaan e-book dalam pengajaran kursus, khususnya bagi kelas Kesatria Negara 1, yang memerlukan komitmen padu dari para jurulatih.

Program ini juga memperkenalkan kursus baharu seperti Kursus Integriti dan Anti Rasuah (KIAR) yang melibatkan penawaran 210 kelas bagi Semester 3. Selain itu, pelaksanaan Taklimat Kokurikulum, yang akan melibatkan 7,300 pelajar baharu dan sedia ada, dijadualkan pada 12 Oktober 2024 di Padang Kawad UiTM.

Dalam ucapannya, Pengarah Pusat Kokurikulum berharap agar semua jurulatih dapat terus bekerjasama dengan Pusat Kokurikulum dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum selari dengan kehendak universiti, sambil mengekalkan integriti dan profesionalisme dalam tugas mereka. Majlis ini juga menekankan kepentingan jalinan ukhuwah yang positif antara Pusat Kokurikulum dan para jurulatih untuk memastikan kecemerlangan program kokurikulum UiTM terus terpelihara.

Penulis Utama: Mohd Nor Hajar Hasrol Jono, Profesor Dr. Sazili Shahibi
Penulis Bersama: Mohd Azmil Alias, Najihah Azmi, Nor Azlin Rosli, Mohd Shukor Abd Rahman, Nooraidah Mokhtar, Muhammad Syuhairi Zakaria, Dr. Alwi Mohd Yunus, Dr. Basharudin Abdul Hadi, Mohd Azmil Alias, Ku Hadzrill Jeeffry Ku Hamzah