Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI) Di Antara UiTM Dan Sek. Keb. Felda Jengka 11

Pada tanggal 25 November 2021 (Khamis) telah berlangsung Majlis Menandatangani Surat Hasrat di antara Universiti Teknologi MARA dan Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 11.

Majlis ini telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan, Rektor UiTM Cawangan Pahang bersama dengan Encik Suhaiza bin Zainal Abidin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 11. Majlis ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Nazirah binti Ramli, Timbalan Rektor HEA, Dr. Nurrohana Ahmad mewakili Timbalan Rektor PJI, Encik Mohammad Khair bin Mohd Seni, Timbalan Pendaftar, Puan Norlaili Hj. Harun, Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan (PPPG), Encik Azmi Salim selaku Pengarah Program serta barisan Jawatankuasa pihak Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 11.

Majlis ini diadakan bagi memformalkan kerjasama berbentuk Jaringan Industri dan Masyarakat di antara sekolah dan UiTM dah diharapkan hubungan baik yang terjalin dapat diteruskan dengan pelbagai program dan inisiatif yang akan dijalankan di masa akan datang bagi memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

OBJEKTIF
Objektif Utama Program ini dijalankan ialah:

1. Memformalkan kerjasama berbentuk Jaringan Industri dan Masyarakat di antara Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan dan SK Felda Jengka 11.
2. Mengeratkan dan memperkukuh hubungan dan merangsang kerjasama di antara Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan (PPPG) dan Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 11.
3. Mempertikatkan kerjasama dua hala melalui perkongsian sumber, maklumat, kepakaran dan pengetahuan kepada masyarakat Felda Jengka 11.
4. Membugar semangat inisiatif kerjasama di antara pusat Pengajian Pengurusan Gunaan dengan Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 11 yang diberi nama Inisiatif Dua hala Operasi Lonjakan Akademik (IDOLA).

Jawatankuasa Pelaksanaan Majlis juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat yang telah membantu dan memberi sokongan dalam menjayakan program ini.