Putrajaya – Majlis menandatangani kolaborasi strategik antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Pada majlis ini, sebanyak tiga kolaborasi strategik telah ditandatangani yang disaksikan oleh YB Menteri Pengangkutan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan iaitu Perjanjian Program Pengajian Diploma Eksekutif Pengurusan Pengangkutan dan Penguatkuasaan (DEPPP) di antara JPJ dan UiTM, Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Program Pengajian Sarjana Polisi Pengangkutan, Logistik dan Penguatkuasaan di antara JPJ dan UKM serta kenyataan bersama Program Pembangunan Modal Insan bagi Bidang Pengangkutan Jalan di antara JPJ dan JPK, Kementerian Sumber Manusia.
Majlis ini turut dihadiri oleh Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tuan Zamakhshari Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia dan Puan Faizah Harun, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia serta wakil-wakil media.