Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Secara Maya Antara UiTM Pahang Dengan United Tropical Fruit

26 Ogos 2021 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang bersama dengan Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi UiTM Pahang telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) secara maya dengan United Tropical Fruit Sdn Bhd (UTF). UTF ialah sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia yang terlibat dalam penghasilan dan pengeluaran Durian Musang King untuk pasaran dalam dan luar negara. Majlis memorandum ini telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan yang menjalankan tugas Rektor UiTM Cawangan Pahang dan YBrs. Dr Raymond Samy yang merupakan Pengarah Urusan UTF. Majlis juga di hadiri oleh Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Pahang, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA), Ketua-Ketua Pusat Pengajian, Pensyarah FPA, Staf Unit Pengurusan Ladang, warga UiTM Pahang dan staf-staf UTF.

Antara objektif MoU ini ialah untuk pembangunan, penyelidikan dan penghasilan durian musang king secara organik di Pahang. Antara intipati untuk kerjasama ini ialah:-

  1. Kolabrasi dan Konsultasi mengenai Penyediaan, Penyelidikan dan Pembangunan Pusat Organik Durian Musang King di UiTM Kampus Jengka
  2. Pembangunan Nurseri Organik Durian Musang King
  3. Perkongsian kepakaran dan sumber dalam pembangunan dan penyelidikan Organik Durian Musang King
  4. Penempatan untuk Latihan Industri bagi warga Fakulti Perladangan & Agroteknologi
  5. Penganjuran aktiviti seminar, simposium, kursus jangka masa pendek dan mesyuarat secara Bersama
  6. Pertukaran maklumat mengenai kajian, penerbitan dan pembangunan Organik Musang King

Dengan termetrinya MoU dan kerjasama antara UiTM Pahang dan UTF ini diharap dapat mendatangkan impak yang besar di dalam penghasilan dan pemasaran durian musang king secara organik di dalam dan di luar negara dan secara tidak langsung dapat membantu untuk meningkatkan lagi produktiviti industri pertanian di negara kita.