Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara UiTM Terengganu Dengan Kolej Universiti TATI

Pada tanggal 15 Mac 2021 telah termetrai satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu dan Kolej Universiti TATI jam 3.00 petang bertempat di Laman Korporat , Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu. Majlis Memorandum Persefahaman ini telah ditandatangani oleh Profesor Ts Dr Mazidah Puteh Rektor UiTM Cawangan Terengganu dengan Profesor Dr Anuar Ahmad Rektor Kolej Universisti TATI (TATIUC).

Kerjasama di antara Universiti Teknologi MARA, Terengganu dengan Kolej Universiti TATi bermula dengan lawatan akademik oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), Prof Madya Ir Ts Dr Syed Syatir Asghrar B Syed Hassan bersama beberapa tiga lagi wakil pensyarah FKK, UiTMCT Kampus Bukit Besi ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK), TATIUC pada 14 Ogos 2019 yanng bertujuan untuk meninjau peluang kerjasama antara UiTM dan TATIUC. Pada pertemuan pertama ini antara Dekan FTKK, TATIUC, Dr. Azharin Shah dan beliau, telah menghasillkan kata sepakat bagi mengadakan kerjasama antara FKK, Kampus Bukit Besi dan FTKK, TATIUC. Pihak UiTMT dan TATIUC telah bersetuju dan bercadang untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang akademik dan penyelidikan bagi mengukuhkan lagi hubungan yang sedia ada.

Antara faedah yang bakal diraih daripada jalinan ini adalah dapat meluaskan jaringan dalam Penyelidikan dan Inovasi UiTM disamping membuka peluang dalam perkongsian dan pemindahan ilmu penyelidikan dan inovasi sesama pensyarah juga pelajar.

Turut hadir untuk majlis ini ialah Profesor Madya Ts. Dr Sarifah Fauziah Syed Draman Timbalan Rektor (Akademik) UiTMCT, Profesor Madya Ts. Dr Rosliza Ramli Timbalan Rektor (Akademik & Pengantarabangsaan) Kolej Universiti TATI, serta Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri dan Penolong Rektor UiTMCT Kampus Bukit Besi bersama pensyarah-pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Kampus Bukit Besi.