Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara UiTM Sarawak Dengan Pertubuhan Keturunan Dan Waris Pengiran Sarawak

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pertubuhan Keturunan dan Waris Pengiran Sarawak (PKWPS) telah diadakan pada 11 Mac 2021 hari Rabu jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Seminar Utama Kampus Samarahan 2. Majlis Memorandum Persefahaman ini telah ditandatangani oleh Profesor Dato Dr. Jamil Haji Hamali Rektor UiTM Cawangan Sarawak dengan Yang Berbahagia Yang Mulia Yang Arif Tuan Awang Indra Bin Awang Mostapha Pengerusi Pertubuhan Keturunan Dan Waris Pengiran Sarawak.

Antara tujuan MoU ini diadakan adalah untuk memperkuat, mempromosi dan mengembangkan salasilah dalam keturunan Pengiran Sarawak, budaya dalam Adat Istiadat Kebudayaan Pengiran Sarawak serta memelihara dan mewartakan kawasan bersejarah seperti rumah, istana dan makam yang berkaitan dengan Pengiran Sarawak.

Turut hadir untuk majlis ini ialah Profesor Madya ChM. Dr. Mohammad Isa Mohamadin Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Yang Mulia Awang Mansor Bin Awang Abu Othman Timbalan Setiausaha Pertubuhan Keturunan Dan Waris Pengiran Sarawak, serta beberapa ahli Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Sarawak serta beberapa Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Keturunan Dan Waris Pengiran Sarawak.