Majlis Menandatangani MoU Antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan dengan Pangasinan State University, Filipina

9 September 2024 – Pangasinan State University (PSU), Filipina telah menghubungi Akademi Pengajian Bahasa UiTMCNS Kampus Kuala Pilah pada Oktober 2023, untuk membincangkan tentang program kerjasama di antara kedua-dua universiti. Selepas beberapa sesi perbincangan, kedua-dua universiti telah bersetuju untuk menandatangani Letter of Intent (LoI) pada 23 Mei 2024. Rentetan daripada itu, pihak PSU telah mempelawa wakil-wakil daripada APB UiTMCNS Kampus Kuala Pilah untuk menghadiri PSU Stakeholers’ Night di universiti tersebut pada 9 September 2024.

Kehadiran delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terdiri daripada Dr. Rafidah Kamarudin (Ketua Pusat Pengajian APB UiTMCNS), Puan Mazliyana Zainal Arifin (Liaison Officer, UiTM Global bagi APB UiTMCNS Kampus Kuala Pilah), Dr. Amalia Qistina Castaneda Abdullah, Dr. Syahirah Almuddin, Cik Norshida Hashim, dan Cik Anis Shahira Bazlan telah disambut baik oleh PSU dan MoU telah ditandatangani antara kedua-dua universiti.

Selain itu, wakil daripada UiTM juga berpeluang bertemu dengan wakil daripada pelbagai universiti lain di Filipina yang turut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan UiTM. Diharap dengan adanya jalinan Memorandum of Understanding (MoU) ini, kedua-dua universiti akan mendapat manfaat dari pelbagai aspek terutamanya dalam tempoh 3 tahun perjanjian.