Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ahmadu Bello University (ABU), Zaria, Nigeria

Pihak Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Pahang (UCPh) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) UiTM Cawangan Pahang dan UiTM Global telah berjaya mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ahmadu Bello University (ABU), Zaria, Nigeria. Majlis ini telah diadakan pada 11 September 2023 (Isnin) jam 4.00 petang (Waktu Malaysia) / 9.00 pagi (Waktu Nigeria) bertempat di Studio HEP, UiTM Pahang dan secara maya melalui platform Zoom meeting.

Memorandum Persefahaman (MoU) ini telah ditandatangani oleh Yang Berusaha Prof Madya Dr Hjh Nazirah Ramli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Pahang) bersama Prof. Dr. Wan Mohd Nazri Bin Wan Abdul Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Pahang sebagai saksi.

Delegasi daripada UCPh juga turut dihadiri oleh:
(i) Dr. Mohd Kamal Azman Bin Jusoh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UCPh
(ii) Pn Noor Azimah Darus, Koordinator Kursus Pengurusan Perladangan mewakili Dr Mohd Khairi Che Lah, Ketua Pusat Pengajian FPA, UCPh
(iii) Cik Nurulatika Minhad, pensyarah FPA, merangkap perintis program

Bagi pihak Ahmadu Bello University pula, dokumen MoU telah ditandatangani oleh Professor Kabiru Bala, Naib Canselor Ahmadu Bello University dan bersaksikan Mr. Rabiu Samaila, Pendaftar, Ahmadu Bello University, Zaria.

Delegasi daripada ABU juga turut dihadiri oleh:
(i) Professor Ahmed Doko Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran)
(ii) Professor Sani Abba Aliyu, Pengarah Bahagian Kemajuan & Jaringan Universiti
(iii) Professor Mukhtari Mahmud, Dekan Fakulti Pertanian
(iv) Professor Lucius. J. Bamaiyi, Ketua Jabatan Perlindungan Tanaman, Fakulti Pertanian
(v) Dr. Buhari Muhammad , Koordinator Seminar, Jabatan Perlindungan Tanaman, Fakulti Pertanian

MoU antara UiTM dan ABU ini menggariskan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG Nombor 4 (Pendidikan Berkualiti) iaitu dengan melaksanakan pendidikan yang komprehensif dan berkualiti; SDG Nombor 15 (Kehidupan di Darat) iaitu dengan berusaha untuk melindungi, memulihkan dan mempromosikan konservasi dan penggunaan ekosistem daratan yang lestari serta SDG Nombor 17(Kerjasama demi Matlamat) iaitu dengan menggiatkan kerjasama antarabangsa demi pembangunan mampan.

Jalinan kerjasama ini adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala bagi menggalakkan, membangunkan dan mengukuhkan lagi kerjasama aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar dan pensyarah serta kerjasama penyelidikan diperingkat global. Selain daripada itu kerjasama ini juga dapat memberi peluang mempelajari tentang kepelbagaian sosial dan budaya antara Malaysia dan Nigeria khususnya.

Turut hadir pada sesi menandatangani MoU antara UiTM-ABU ini ialah YM Prof. Madya Dr. Tengku Intan Suzila Binti Tengku Sharif, Liaison Officer Memoradum Persefahaman (MoU), Prof. Madya. Dr. Nor Azizah Binti M. Yacob. Penyelaras Strategik dan Transformasi Universiti (PSTU) serta barisan pensyarah FPA, UCPh. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir secara bersemuka atau secara atas talian. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.

Semoga dengan termeterainya MoU antara UiTM dan Ahmadu Bello University ini, dapat memberi impak positif kepada pelajar, pensyarah dan kerjasama yang jitu antara kedua-dua negara. Melalui majlis MoU ini juga, PI081: Number of new MoU/ MoA with international universities telah berjaya dicapai.