7 Mei 2021- UiTM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Princess of Naradhiwas University, Thailand (PNU). UiTM diwakili oleh Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof Ts. Dr Mohd Ilham Bin Adenan manakala PNU telah diwakili oleh Presiden, Assoc. Prof Dr Rossukon Sangmanee. Program anjuran Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa UiTM Cawangan Pahang ini telah berjaya dilaksanakan melalui platform Zoom Meeting dan ditayangkan secara langsung melalui YouTube Channel: UiTM Cawangan Pahang Rasmi.
Ikatan perjanjian MoU ini akan dijalinkan selama 3 tahun bagi meningkatkan kerjasama antara UiTM dan PNU. Dengan termetrinya MoU ini diharap dapat memperkukuh, mempromosikan dan mengembangkan kolaborasi antarabangsa dalam bidang akademik, budaya dan penyelidikan. Ini adalah selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) 17 bertemakan KERJASAMA DEMI MATLAMAT (PARTNESHIPS FOR THE GOALS). Semoga usaha ini akan menyerlahkan ketampakan UiTM Cawangan Pahang di peringkat global.