Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam dengan Universiti Songkhla Rajabhat (SKRU), Thailand.

PUNCAK ALAM, 15 Ogos 2023 – Satu Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan pada 16 Ogos 2023 pada jam 10.30 pagi hingga 4 petang di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) Aras 17, Bangunan FSK 6, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Dekan, Fakulti Sains Kesihatan, Profesor Dr. Zulkhairi Hj Amom dan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi (SKRU) Assistant Professor Khwankamon Khoonpitak.

Jalinan kerjasama ini adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala bagi menggalakkan, membangunkan dan mengukuhkan lagi kerjasama aktiviti pengajaran dan pembelajaran dikalangan pelajar dan pensyarah serta kerjasama penyelidikan diperingkat global. Selain daripada itu kerjasama ini juga dapat mengeratkan lagi usaha untuk memperluaskan aktiviti khidmat komuniti dan program pertukaran pelajar antarabangsa antara Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Songkhla Rajabhat. Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Profesor Dr. Zulkhairi Hj Amom amat berbangga dan menyokong sepenuhnya usaha dan kerjasama ini disamping meletakkan nama Fakulti Sains Kesihatan diperingkat yang lebih tinggi (antarabangsa).

Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa program tersebut adalah termasuk sesi perkongsian tentang penyelidikan diantara pensyarah dan pelajar kedua-dua universiti. Deligasi daripada SKRU juga telah dibawa melawat ke makmal bagi berkongsi maklumat berkaitan dengan pengajaran dan penyelidikan.