Kuala Terengganu, 28 Mei 2024 – YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Reduan Che Rose, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM dan YBrs. Tuan Haji Norhalim Sirome, Pengerusi Lembaga Pengarah MARDI Corporation telah menyaksikan sesi menandatangani MoU antara PSKT dan UiTM dan MIMOS Bhd dan MARDI Corporation Sdn. Bhd.
Antara objektif utama MoU ini adalah bertujuan memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama universiti dan pihak industri serta menjayakan pelbagai aktiviti dalam segala aspek pendidikan terutama berkaitan sains, inovasi dan kreativiti di samping menjayakan perkongsian ilmu, kepakaran, penyelidikan serta pengkomersilan kedua-dua belah pihak.
Sejurus tamat sesi MoU tersebut, telah diadakan sesi kunjungan hormat pihak UiTM bersama YAB Menteri Besar Terengganu. Dalam pertemuan ini, pihak universiti telah memaklumkan kepada YAB Menteri Besar Terengganu perkembangan, hala tuju dan peranan UiTM khususnya di negeri Terengganu. Selain itu, YAB Menteri Besar juga bertukar pandangan terkait pelbagai perkara yang menjadi kepentingan dua hala antara negeri Terengganu dan UiTM.