Majlis Makan Malam Sempena Meraikan Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Universiti Awam ke-38

JOHOR BHARU 3 Ogos- Majlis Makan Malam Sempena Meraikan Istiadat Pentauliahan diraja Pegawai Kadet Universiti Awam ke-38 anjuran Persatuan PALAPES Darat itu telah berlangsung di Dewan Orchid Hotel Thistle Johor Bharu, Johor.

Majlis Makan Malam ini merupakan tradisi yang bertujuan untuk meraikan pegawai-pegawai muda yang baru ditauliahkan. Tetamu kehormat yang turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah Timbalan Komandan, Leftenan Kolonel Profesor Madya Haji Zaid Bin Ngah yang juga mewakili Naib Canselor UiTM.

Dalam ucapan beliau berharap bahawa pentauliahan ini adalah satu titik permulaan bagi para pegawai muda yang diraikan ini untuk melangkah kearah yang lebih tinggi dan terus bergiat aktif di dalam Rejimen Askar Wataniah apabila tamat pengajian di universiti kelak.

Jemputan lain adalah terdiri daripada pegawai staf sukarela, pegawai latih dan jurulatih PALAPES UiTM. Majlis Makan Malam ini juga dimeriahkan dengan persembahan daripada pegawai dan para jurulatih serta penyampaian hadiah kepada Kadet Terbaik Siri 38 kepada Leftenan Muda Syed Azwan Bin Syed Nizam.

Foto berkaitan:

0
0