Majlis Ibadah Korban Peringkat UiTM Sarawak

Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Majlis Ibadah Korban 2019 Peringkat UiTM Sarawak pada 13 Ogos 2019 (Selasa) bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha bertempat di Masjid Al-Qurawiyyin, Kampus Samarahan.

Hampir 70 orang staf terlibat dalam menjayakan majlis ini dengan bergotong royong membersih dan mengagih   daging lembu tersebut. Sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan dimana peserta ibadah korban adalah di kalangan staf UiTM Sarawak melalui potongan gaji. Majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.

Foto berkaitan;

0
0