Majlis Hi-Tea Ramah Mesra Alumni Program Seni Pastri UiTM Pulau Pinang bersama Tan Sri Dato’ Seri Utama (Dr) Arshad Ayub

Majlis Hi-Tea Ramah Mesra Alumni Program Seni Pastri UiTM Pulau Pinang Bersama YBhg Tan Sri Dato’ Seri Utama (Dr) Arshad Ayub

Pulau Pinang, 6 November 2019 – Jabatan Seni Pastri Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan dengan kerjasama Unit Alumni Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menjayakan Majlis Hi-Tea Ramah Mesra Alumni bersama YBhg Tan Sri Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Arshad Ayub dengan bantuan pelajar dari Program Seni Pastri dan Program Pengurusan Hotel seramai 53 orang dibantu oleh 10 orang pensyarah termasuk Koordinator ICAN UiTM Cawangan Pulau Pinang. Majlis ini bermula sejurus tamat sidang 2 Istiadat Konvokesyen UiTM ke 91 di Dewan Besar UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk meraikan graduan iaitu alumni dari Program Diploma Seni Pastri yang melibatkan 14 orang graduan dan 28 orang ibu bapa yang turut ada untuk kebersamaan dengan YBhg. Tan Sri Pro Canselor.

Di samping itu, majlis juga menyediakan sesi perkongsian dari pihak industri kepada alumni bertujuan menambah pengalaman dalam bidang yang sama supaya graduan lebih bersedia dengan cabaran dan prospek dalam industri seni pastri.

Selain itu, perkongsian dari pihak industri ini dapat melahirkan inspirasi baru dalam kerjaya para alumni dan mengeratkan ukhuwah alumni dengan warga fakulti dan UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Ucapan santai oleh YBhg Tan Sri Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Arshad Ayob telah memberikan inspirasi yang mendalam kepada pelajar, alumni dan juga ibu bapa. Turut hadir dalam program ini adalah Rektor dan semua ahli Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang.

1
0