Majlis Apresiasi Aidilfitri Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis.

Majlis Apresiasi Aidilfitri 2023

18 Mei 2023, Kangar: Majlis Apresiasi Aidilfitri 2023, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Cawangan Perlis telah diadakan di The Kitchen Studio Event Space, Kangar. Seramai empat puluh (40) orang termasuk Ketua Pusat Pengajian, pensyarah, staf makmal dan pesara telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis bermakna ini.Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ybhg. Ts. Dr Shukor Sanim Bin Mohd Faizul (Rektor UiTM Cawangan Perlis), Ts. Gs. Dr. Erniza Suhana Mohkhar (Timb. Rektor Penyelidikan Jaringan Industri (PJI)) da Puan Nur Faizahton Fisal (Timb Bendahari).

Majlis Apresiasi Aidilfitri 2023 ini bertujuan adalah untuk meraikan pencapaian dan sumbangan kakitangan KAB yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai aspek sepanjang tahun 2022, selain meraikan hari raya Aidilifitri. Selain itu, menerusi majlis ini juga, ianya dapat meningkatkan semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim yang lebih progresif antara warga KAB dan kakitangan makmal.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sr Mohd Khairy Kamarudin( Pensyarah Kanan) dan ucapan aluan oleh Ketua Pusat Pengajian KAB, Sr Dr Rohayu Haron Narashid. Agenda majlis seterusnya merupakan penyampaian 3 kategori anugerah (Akademik, Staf Cemerlang dan Anugerah Pilihan Staf) kepada pensyarah KAB, antaranya seperti berikut:

1. ANUGERAH AKADEMIK
KATEGORI: GERAN PENYELIDIKAN TERTINGGI
KATEGORI: GERAN PENYELIDIKAN INDUSTRI
KATEGORI: KOLABORASI INDUSTRI
KATEGORI: PENGLIBATAN SUKAN
KATEGORI: PENGLIBATAN KHIDMAT MASYARAKAT
KATEGORI: PENULISAN AKADEMIK BERIMPAK TINGGI

2. ANUGERAH STAF CEMERLANG

3. ANUGERAH STAF (PILIHAN STAF)

Selain itu, majlis juga diserikan dengan persembahan Staf Lelaki dan Staf Perempuan bertemakan lagu Raya Aidilfitri. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi menjamu selera dan sesi cabutan bertuah. Majlis Apresiasi Aidilfitri, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis telah berlangsung dengan jayanya dan meninggalkan kenangan manis buat semua warga KAB.

Semoga terus berjaya warga KAB pada masa akan datang.