Majlis Anugerah Inspirasi Peers 2019

Persatuan Peer Counselor UiTM Cawangan Pulau Pinang membawa pulang TUJUH anugerah pada Majlis Anugerah Inspirasi Peers 2019 pada yang diadakan di UiTM Cawangan Pulau Pinang pada 1 Disember 2019.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Dr. Mohd Rozaiman Bin Aziz,  Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pusat Kerjaya dan Kaunseling iaitu Puan Wan Noraini Bt Wan Yusoff,, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan. Jaringan Industri Masyarakat dan Alumni, Prof. Madya Dr. Nor Aziyah Bt Bakhari serta 16 orang Pegawai Psikologi UiTM Semalaysia.

Pelbagai kategori anugerah yang dipertandingkan antaranya Anugerah Program Keseluruhan Terbaik, Anugerah Program Tanpa Peruntukan Terbaik, Anugerah Program Perantarabangsaan & Mobiliti Terbaik, Anugerah Program Akademik & Ilmiah Terbaik, Anugerah Program Kerohanian & Khidmat Masyarakat Terbaik, Anugerah Program Kerjaya Terbaik, Anugerah Program Sukarelawan Terbaik, Anugerah Program Sains, Teknologi & Inovasi Terbaik, Anugerah Program Pertandingan Terbaik ,  Anugerah Program Pengucapan Awam Terbaik , Anugerah Tokoh Peers dan Anugerah Tokoh Harapan Peers.

Sebanyak 22  kampus UiTM Semalaysia  yang mengambil bahagian dalam pelbagai pencalonan bagi kesemua 16 jenis kategori yang dipertandingkan dan 36 buah anugerah yang dinobatkan.

Persatuan Peer Counselor UiTM Cawangan Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai  Johan bagi kategori Anugerah Program Tanpa Peruntukan Terbaik, Anugerah Program Kerjaya Terbaik Anugerah Program Pertandingan Terbaik dan Anugerah Program Perantarabangsaan & Mobiliti Terbaik. Disamping itu juga, Persatuan Peer Caunselor UiTM  Cawangan Pulau Pinang juga telah merangkul Naib Johan dalam kategori Anugerah Program Pengucapan Awam Terbaik dan tempat ketiga bagi kategori Anugerah Program Sukarelawan Terbaik.

Selain itu,  Persatuan Peers Counselor Pulau Pinang telah dianugerahkan tempat ketiga anugerah khas iaitu Peers Terbaik Keseluruhan . Johan dan Naib Johan masing-masing dimenangi oleh Peers kampus Jengka dan Peers kampus Pasir Gudang.

Presiden Persatuan Peer Counselor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Muhammad Zulhusmi, 23, berkata anugerah ini cukup bermakna buat warga Peers Pulau Pinang. “Alhamdulillah, kemenangan yang dilakar ini akan menjadi kebanggan buat seluruh ahli Peers Pulau Pinang. Seiring dengan slogan ‘Legacy No Ending’ ahli Peers Counselor akan terus memperkasakan Persatuan Peers Counselor Pulau Pinang di UiTM Pulau Pinang dan UiTM seluruh Malaysia.”

1
0